Sunday, December 14, 2008

MAA Takaful

Saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan anda semua tentang Perlindungan RM 72,000 bersama MAA Takaful
======================================
Sila lihat quotation di bawah, mungkin anda berminat untuk melindungi diri dan pendapatan anda sehingga RM 72,000
Nama : En Prospek
Umur : 30 tahun
Kod Kerja : 2 , Merokok
Sumbangan Tahunan : RM 2,400.00
Sumbangan Bulanan : RM200.00
Perlindungan / keistimewaan untuk anda
  • Khairat Kematian ( meninggal dunia biasa ) = RM 72,000
  • Hilang Upaya Kekal ( Biasa ) = RM 72,000
  • Khairat Kematian ( akibat kemalangan ) = RM 92,000
  • Elaun Hospital Harian = RM 50/hari
  • Perlindungan 36 Penyakit Kritikal = RM 10,000
  • Premium PERCUMA sekiranya pencarum di timpa penyakit kritikal atau hilang upaya kekal
  • Faedah pembedahan = RM1500 (max)
  • Kemalangan (cacat sementara) [MC] = RM150 (seminggu)
JANGKAAN PULANGAN TUNAI***

Selepas 5 Tahun Sumbangan RM7,658.00
Selepas 10 Tahun Sumbangan RM22,530.00
Selepas 15 Tahun Sumbangan RM41,766.00
Selepas 20 Tahun Sumbangan RM66,201.00
Selepas 25 Tahun Sumbangan RM 87,778.00
Selepas 30 Tahun Sumbangan RM 110,894.00


PERHATIKAN FAKTA DI BAWAH

Anda berlindung selama 20 tahun ;
Jumlah sumbangan anda RM 2400 x 20 = RM 48,000.00
Jangkaan pulangan selepas 20 Tahun = RM 66,201.00

Anda sebenarnya mendapat perlindungan percuma RM 72,000.00 selama 20 tahun

** pulangan tunai adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin - bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF - 100%)

Skim Hibah MAA Takaful

Oleh Wan Rahimah Draman

Apabila sebut pasal insurans, ramai kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah ‘rezeki ada di mana-mana’ dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.

Tetapi pernahkah kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras dan baru bertawakal.

Istilah Melayu ada menyatakan ‘sediakan payung sebelum hujan’, tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang berpuas dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

Lalu tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa. Individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan.

Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.

Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama ‘malang tidak berbau’. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.

Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya ‘dilindungkan’ melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin.

Masalahnya golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.

Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM5 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.

Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.

Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.

“Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.

Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.

Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.

“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.

“Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.

Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.

Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007

Friday, December 12, 2008

Apa Itu Insurans?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat. :)

Tajuk saya pada hari ialah 'Apa Itu Insuran'. Ye, masih ramai lagi malah menurut statistik pada tahun 2007, hanya 15% sahaja warga Malaysia yang mempunyai insuran. Jadi pada post pertama saya pada blog insuran saya ini, saya akan terangkan serba sedikit maksud asal apa itu insuran. Insuran bagi saya adalah 'payung musibah' kerana dengan insuran dapat melindungi kita dan memberi jaminan kepada orang yang tersayang.. Mari kita ikuti apa itu insuran secara lebih detail..

Apa Itu Insurans?
Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat yang berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadapa anda.

Apakah jenis-jenis insuran?
Terdapat berbagai-bagai jenis insuran untuk melindungi anda dari semua risiko seperti insuran nyawa,insuran kenderaan, insuran kebakaran, insuran rumah dan sebagainya! Boleh di katakan terdapat berpuluh-puluh insuran yang terdapat untuk anda (mengikut syarikat) yang menawarkan kepada anda.

Semua jenis insuran termasuklah insuran motor yang bertujuan menolong anda mengurangkan atau menampung kos kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kecelakaan. Oleh itu, polisi insurans sebenarnya merupakan sesuatu kontrak di antara pihak syarikat insurans dan pihak pengguna bahawa pampasan akan di bayar jika berlaku ecelakaan atau kemalangan yang disebutkan di dalam polisi tersebut. Walaubagaimanapun, pampasan hanya akan dibuat bergantung kepada premium yang di bayar.

dipetik dari > Konsep insuran

Adakah anda sekarang lebih memahami apa itu insuran? Saya cuma berkongsi idea atau ilmu yang saya perolehi ini semasa dalam insurans. Saya mahukan semua individu memiliki insuran kerana ketika kita sihat, insuran dikatakan sebagai membazir TETAPI ketika kita ditimpa musibah, ibarat 'mati katak' lah jawabnya nanti diri kita ini.

Jadi sediakan payung sebelum hujan, ketika kita sihat marilah kita bersama-sama mendapatkan insurans kerana dengan insurans sekurang-kurangnya dapat membantu kita ketika musibah nanti.